Tuesday, January 30, 2007

mountain bike rules!!!!

Oleh Fairuz Zaidan

Antara jenama yang sering digunakan peminat sukan basikal bukit adalah buatan Eropah seperti Element, Kona, Specialize, Merida, Scot, Giant, Santacruz, Turnor, Trek dan Intense.

PERBEZAAN BASIKAL

BUKITDOWNHILL (menuruni bukit)
· Harga sekitar RM7,000 hingga melebihi RM30,000.
· Kerangka badan basikal seakan motorcross dan paling sesuai untuk tujuan pertandingan.
· Ringan dan paling lasak dalam kelas basikal bukit.
· Sistem suspensi paling panjang iaitu 15.5 sentimeter (sm) (7 inci) di bahagian depan, yang bersedia menghadapi apa saja hentakan dan gegaran ketika menyusuri bukit.
· Berkemampuan untuk melakukan pelbagai aksi lompatan, menyusuri bukit, laluan berlopak hingga di laluan sukar di dalam hutan.
· Mempunyai sistem brek leper menggunakan sistem minyak.
· Kos penyelenggaraan lebih tinggi berbanding basikal cross country.

CROSS COUNTRY (rentas desa)
· Harga basikal bermula daripada RM1,500.
· Kerangka badan seperti juga downhill tetapi aktivitinya terhad berbanding jenis basikal bukit lain yang lebih ekstrim.
· Sistem suspensi pendek iaitu antara 80 milimeter (mm) hingga 110 mm. Tetapi ada juga basikal yang tidak dilengkapi dengan sistem ini.
· Paling sesuai untuk aktiviti menyusuri bukit dan laluan denai di dalam hutan.
· Ringan.
· Tayar lebih kecil berbanding basikal downhill.
· Kos penyelenggaraan berpatutan.

ENDURO (basikal bukit serba guna)
· Basikal jenis ini kebiasaannya lebih berat daripada basikal merentas desa (cross country).
· Berat basikal antara 14 kilogram (kg) dan 16 kg.
· Sistem suspensi basikal agak panjang (150 mm) di bahagian depan untuk membolehkan penggunaan di pelbagai lokasi dan halangan.

FREERIDE (bebas)
· Ciri reka bentuk basikal ini sama juga seperti basikal enduro tetapi mempunyai sistem suspensi lebih baik selain berat yang lebih ringan iaitu antara 14 kg dan 18 kg.
· Sistem suspensi lebih panjang iaitu kira-kira 15.5 sm (7 inci) yang membolehkan ia digunakan hampir di semua halangan laluan di trek sukar.
· Basikal jenis ini direka lebih versatil berbanding basikal bukit yang lain dan sesuai untuk melakukan pelbagai aksi ekstrim, lompatan dan laluan berliku.

TRIALS (ujian)
· Basikal jenis trials (basikal ujian) memang dicipta bagi pelumba.
· Reka bentuk basikal ini terlalu ringkas hingga tidak mempunyai sistem suspensi.
· Bagi basikal perlumbaan, mereka mempunyai sistem gear berganda.
· Kebiasaannya basikal moden jenis ini tidak mempunyai tempat duduk kerana penunggang lebih menumpukan untuk daya pecutan.

DIRT JUMPING, URBAN DAN STREET
· Basikal ini adalah inspirasi gabungan basikal ujian, BMX, dan basikal serba guna.
· Kerangka basikal sangat kukuh dan mempunyai sistem suspensi sepanjang 10 sm (4 inci) di bahagian depan.
· Mencapai sehingga sembilan laras sistem gear.
· Putaran tayar lebih pantas kerana saiz basikal yang lebih kecil.SINGLE_SPEED
· Basikal jenis ini mempunyai satu set nisbah gear.
· Namun, kelajuan basikal ini bergantung juga kepada teknik pemanduan, selain kemahiran penunggang sendiri.
· Saiz tayar juga banyak bergantung kepada kelajuan basikal.
· Tayar bersaiz 65 sm (26 inci) dan 72.5 sm (29 inci) yang digunakan pada single-speed memberi impak berbeza ketika pecutan.

MOUNTAIN CROSS ATAU 4X RACING
· Basikal ini adalah lembaran baru dalam sukan basikal bukit.
· Perlumbaan menampilkan empat basikal bukit yang mempunyai sistem suspensi sepanjang tiga hingga empat inci.
· Reka bentuk basikal disesuaikan dengan kelasakannya untuk melakukan selekoh dan kelajuan.
· Penunggang yang paling awal tiba di bawah bukit dikira sebagai pemenang.